Teknik untuk mengelak dari dikesan dari Hacker
Apakah teknik yang boleh digunakan oleh pengguna Internet untuk mengelak daripada dikesan oleh para pengintip rahsia dalam talian, sama ada dalam sektor awam atau swasta.
Pertama: Gunakan akaun e-mel asas Web, yang jauh lebih sukar untuk dijejaki kembali kepada pengguna individu.
Kedua: Penyampai e-mel tanpa nama (anonymous), yang menyalurkan mesej e-mel sambil merahsiakan identiti penghantarnya.
Ketiga: Komputer pelayan proksi (proxy server) yang membenarkan pelayar Internet mengakses tapak-tapak Web tanpa meninggalkan tanda-tanda pengenalan digital.
Keempat: Sesi Internet Relay Chat (IRC) satu-sama-satu, yang memberikan tahap kerahsiaan (confidentiality) yang lebih tinggi berbanding kumpulan sembang (group chat).
Kelima: Satu kelompok nombor alamat IP (Internet Protocol) bergilir untuk komputer-komputer pelayan Web.
Keenam: Steganografi, satu teknik pengekodan yang boleh menyimpan data di dalam sesebuah fail yang pada lahirnya tidak membahayakan, seperti imej diimbas atau klip audio.
Ketujuh: Kriptografi hebat. Sesetengah pakar berpendapat enkripsi fail merupakan teknik paling berkesan – dan paling kontroversial – untuk melindungi atau merahsiakan data daripada pandangan mata orang yang tidak dikehendaki.
