Cara mendaftar Google AdSense
Mendaftar dengan program ilklan Google AdSense dan meletakkan skrip atau ‘kod pengiklanan’ berkenaan di laman web atau blog anda adalah perkara yang mudah. Tetapi sebelum anda mendaftar ada baik anda pastikan laman web atau blog anda itu mempunyai kandungan sekurang-kurangnya 20 muka surat dan sudah mempunyai traffic.
Ini bagi memudahkan proses kelulusan pendaftaran anda bagi iklan AdSense. Kadang kala halaman web yang baru sukar diberikan kelulusan. Pengesahan pendaftaran Adsense mungkin memakan masa 1-3 hari bergantung ke kesibukan staff google.
Caranya:
a) Anda boleh ke laman kami di http://www.google.com/adsense dan klik pada banner Google AdSense.
b) Anda akan dibawa ke ruang pendaftaran bagi program iklan Google AdSense. Sila daftarkan seperti contoh di bawah. Sila pastikan anda mengisi semua maklumat yang diminta dengan betul dan tepat. Jika tidak, anda mungkin tidak akan menerima ‘cek pendapatan’ anda dari Google, Inc. nanti apabila tiba waktunya ia menghantarkan cek berkenaan.
c) Setelah mendapat kelulusan beberapa hari kemudian, pihak Google akan menghantarkan maklumat kelulusan tersebut termasuk ‘Log-In Username dan Password’ bagi akaun anda melalui e-mel. Pastikan anda menyimpan maklumat akaun anda ini di tempat yang selamat.
a) ‘Log-In’ ke ‘Google AdSense control panel akaun anda’ dan mula membina skrip pengiklanan mengikut arahan yang diberikan.
b) Setelah itu anda bolehlah menyalin skrip yang telah siap dibina dan meletakkannya di mana-mana muka surat pada laman web atau blog anda mengikut kesesuaian.
c) Jika di laman web anda bolehlah ‘dimuat naik’ muka-muka surat berkenaan setelah skrip siap ditampalkan di laman web anda. Jika anda menggunakan blog, anda hanya perlu ‘refresh’ muka surat blog anda dan iklan AdSense akan terus muncul di muka-muka surat terbabit.
d) Sekarang anda bolehlah mula mempromosi laman web atau blog anda kepada umum.
Selamat mencuba.
