Urusniaga perniagaan di rumah
Ramai yang terpanggil untuk bekerja di rumah. Disini, saya ingin menyatakan tip dan trik bekerja dirumah.
- Memulakan kerja atau perniagaan dari rumah menjadi keinginan bagi semua. Ada yang ingin ‘membebaskan’ diri daripada bekerja di bawah bos dengan menjadi sebagai bos yang mengendalikan perniagaan sendiri di rumah.
- Untuk itu, terdapat faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan meletak jawatan untuk menjalankan perniagaan berkenaan. Anda perlu ada 9 – 12 bulan perbelanjaan yang perlu tanggung sebelum memulakan perniagaan.
- Fikirkan mengenai kebolehan sendiri yang melayakkan anda untuk memulakan perniagaan dari rumah. Jangan terburu-buru memulakan perniagaan setelah anda berhenti bekerja. Mulakan dahulu perniagaan anda sebelum anda berhenti bekerja.
- SEBAGAI langkah pertama, mereka yang berminat boleh menjadikan sebuah sudut di rumah sebagai pejabat kecil dengan peralatan diperlukan seperti komputer, pencetak, mesin faks dan telefon. Semua kelengkapan perlu ada bagi memudahkan anda melakukan perniagaan dirumah. Perkara penting yang perlu ada ingat disini .. “Perniagaan ini adalah perniagaan anda.. hidup mati perniagaan anda dibawah tangan anda!”
- TERDAPAT juga peluang lain untuk menceburi perniagaan dari rumah tetapi ia mungkin memerlukan keupayaan diri yang lebih serta latihan tertentu. Maka anda perlulah berusaha dan mempertingkatkan diri dengan pelbagai ilmu perniagaan sebelum menjejak diri ke alam perniagaan yang penuh mencabar.
