Akaun Dagangan Internet
Jika ANDA menyertai dalam perniagaan Internet, perkara utama yang perlu ANDA ketahui adalah Akaun Dagangan Internet.
Sebagai contoh: jika anda menjual barangan, bagaimana transaksi bayaran bagi produk anda mungkin sekarang anda menggunakan Maybank2u untuk transaksi internet tapi ini adalah untuk pasaran tempatan sahaja. Bagaimana pula untuk pasaran antarabangsa?
Jika program pelayaran internet atau “Autosurf” ini dianjurkan oleh syarikat/individu dari luar negara maka kita perlu satu akaun yang global yang dapat berfungsi secara menyeluruh dan antarabangsa tanpa sempadan. Kami tidak menggalakan program sebegini kerana banyak penipuan berlaku.
Maka dapat disimpulkan, fungsi Akaun ini tidak jauh bezanya dari akaun simpanan yang anda miliki sekarang cuma ianya bersifat global. Apa yang membezakan akaun bank biasa dengan akaun dagangan internet ini adalah ianya berbentuk maya dan duit anda adalah dalam bentuk elektronik dimana nombor akaun anda adalah alamat email anda. Alamat email anda digunakan semasa anda mendaftar untuk mendapat akaun dagangan internet.
ANDA mungkin terfikir bagaimana ANDA dapat menunaikan wang elektronik anda. Jangan risau, saya akan menceritakan pelbagai cara untuk mendapat wang tersebut itu didalam akaun bank anda.
Seperti akaun bank biasa, akaun dagangan internet ini berfungsi untuk anda menerima, membayar serta menyimpan wang anda. Anda dapat mengeluarkannya dalam bentuk tunai dengan pelbagai cara tetapi apa yang penting sekarang maklumat yang anda isi semasa pendaftaran akaun dagangan internet perlulah betul dan tepat.
Tips:
*Pastikan maklumat “username” dan “password”/”paraphrase” anda disimpan dengan selamat.
*Semak caj-caj yang dikenakan sebelum dan semasa melakukan transaksi
Anda boleh mendaftar dua akaun ini disini,
Â
