Tips membeli notebook

Notebook kini sama pentingnya dengan komputer PC atau lebih dikenali dengan desktop. Ini adalah kerana notebook lebih ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Pada ma sa ini notebook bukan sahaja digunakan oleh golongan professional malah para pelajar turut menggunakannya kerana ia lebih selesa untuk digunakan terutamanya dalam kerja-kerja atau tugasan berkumpulan dan juga untuk membuat persembahan (presentation). Anda bagaimana, sudah memiliki notebook? Jika belum, saya hendak memberikan beberapa tips (yang saya gunakan) yang mungkin berguna untuk anda ketika hendak membeli notebook. Tips ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang.1. Perlu tahu keperluan, kenapa beli notebook.

Ok, tips yang pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda perlu menggunakan notebook. Adakah anda sering membuat persembahan (presentation) atau melakukan kerja-kerja berkumpulan? Jika ya, notebook adalah jawapannya. Jika tidak cukuplah dengan menggunakan desktop sahaja agar tidak membazirkan wang. Kemudian, anda perlu tahu spesifikasi yang diperlukan jika mahu membeli notebook, misalnya jenis pemproses yang diperlukan, ruang ingatan yang diperlukan perlukan CD Writer atau tidak dan bermacam-macam lagi. Sebagai contoh, jika anda memerlukan sambungan tanpa wayar (wireless) maka anda perlu memikirkan untuk membeli notebook yang menggunakan pemproses Centrino kerana ia telah dikhususkan untuk kegunaan tanpa wayar.

Bagi ruang ingatan pula, anda perlu tahu berapa banyak ruang ingatan yang diperlukan iaitu sama 128 Mb atau 256 atau 512 Mb bergantung kepada jenis kerja yang anda buat. Jika tugasan anda memerlukan banyak kerja-kerja grafik atau pengaturcaraan, pertimbangkanlah ruang ingatan 256 Mb dan keatas. Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu tentang ruang ingatan yang diperlukan untuk grafik. Pada ketika artikel ini ditulis, kebanyakan notebook yang ditawarkan dipasaran menyediakan ruang ingatan grafik sebanyak 64 Mb. Selain daripada itu, anda perlu mempertimbangkan samada memerlukan CD Writer atau tidak kerana jika anda tidak memerlukan Cd Writer, maka anda boleh membeli notebook yang hanya dilengkapi degan pemacu CD ROM biasa dan harga akan menjadi lebih murah. Dan lagi satu, saiz paparan skrin. Saiz yang normal ialah 14.1”. Walaubagaimanapun, pada masa ini ada pengeluar yang telah mengeluarkan notebook yang mempunyai paparan sehingga 17’’ yang mungkin disasarkan kepada pengguna yang terlibat dengan kerja-kerja grafik atau mungkin juga untuk hiburan seperti bermain games atau menonton filem.

2. Sediakan peruntukan (budget)

Ya, peruntukan adalah sangat penting. Jika anda hanya mempunyai peruntukan antara RM3000 hingga 4000, anda sebenarnya sudah mampu membeli notebook yang berkuasa agak tinggi juga malah anda mampu membeli komputer yang tidak berjenama terkenal tetapi mempunyai spesifikasi yang sangat bagus. Pokoknya anda perlu rajin tawar-menawar dengan penjual terutamanya jika anda ingin membeli dipusat-pusat IT utama misalnya di Plaza Low Yat atau Plaza Imbi. Malah jika anda perhatikan betul-betul di Plaza Low Yat misalnya, ada dua atau tiga kedai yang menjual notebook ini sebenarnya adalah dibawah satu syarikat yang sama.

Ok, berbalik kepada peruntukan tadi, jika anda mempunyai peruntukan melebihi RM 4000 hingga 6000, saya mencadangkan anda membeli komputer yang berjenama terkenal seperti Compaq (atau HP), Acer, Toshiba, IBM, Fujitsu atau NEC. Ini adalah kerana, kebiasaannya komputer berjenama terkenal ini mempunyai waranti dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang sangat bagus serta meliputi peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, jika anda mempunyai masalah menggunakan notebook tersebut ketika berada diluar negara, anda hanya perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan dinegara tersebut untuk mendapatkan bantuan.

3. Buat kajian ke pusat-pusat IT utama

Setelah tahu keperluan dan mempunyai budget, maka buatlah kajian ke pusat-pusat IT utama misalnya jika anda berada dikawasan Lembah Kelang, jangan malas untuk berkunjung ke Plaza LowYat, Plaza Imbi, Sungei Wang ataupun Mid Valley. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis barang dan aksesori komputer yang ditawarkan disana.

4. Dapatkan senarai harga

Jika anda berkunjung kepusat-pusat IT seperti yang saya nyatakan diatas, dapatkan senarai harga yang biasanya diletakkan dihadapan kedai dan kalau boleh ambil senarai harga dari kebanyakan kedai yang ada disitu, kemudian cuba buat perbandingan harga berdasarkan spesifikasi dan jenama yang sama.

5. Tanya penjual

Pada masa yang sama, anda perlu rajin bertanya kepada penjual. Ini adalah kerana bukan semua spesifikasi yang tertera dalam senarai harga itu menepati citarasa kita. Adakalanya kita memerlukan customization keatas perkakasan notebook tersebut. Untuk itu, senaraikan spesifikasi yang dikehendaki dan minta penjual menghitung semula harga berdasarkan spesifikasi yang dikehendaki. Gunakan cara yang sama dikedai-kedai yang lain dan buat semula perbandingan harga. Selain daripada itu, anda perlu memeriksa senarai harga dengan betul kerana ada notebook yang tidak disertakan dengan sistem operasi dalam ertikata lain, anda perlu membeli sistem operasi secara berasingan. Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala, notebook berjenama terkenal adalah jawapannya kerana notebook-notebook ini biasanya dipakejkan sekali dengan sistem operasi. Anda juga perlu tahu membezakan yang mana satu notebook, PC tablet atau desknote kerana jika dilihat secara fizikal ketiga-tiganya kelihatan sama. Harga notebook biasanya agak murah jika dibandingkan dengan PC Tablet tetapi mahal sedikit jika dibandingkan dengan desknote. Perlu dijelaskan disini bahawa desknote sebenarnya bukanlah notebook kerana ia menggunakan pemproses yang sama seperti desktop bukannya jenis ‘mobile’ yang khusus untuk notebook. Selain daripada itu, kebanyakan desknote tidak didatangkan dengan bateri sebaliknya perlu menggunakan bekalan kuasa elektrik sepanjang masa.

6. Tanya jika ada promosi

Tips ini mungkin selalu orang terlupa terutamanya bagi mereka yang ‘berat mulut’ dan terlalu mengikut apa yang tertera pada senarai harga. Sebagai contoh, katakan notebook A hanya mempunyai RAM sebanyak 256 Mb sahaja. Sebenarnya ada kedai yang menawarkan proses menaiktaraf RAM kepada 512 Mb dengan percuma sahaja. Begitu juga dengan menambah bebrapa aksesori lain misalnya menaiktaraf pemacu CD-ROM kepada Combo atau menaiktaraf pemproses dengan hanya mengenakan kadar bayaran yang sangat rendah. Ada juga yang menawarkan promosi seperti kad WiFi atau mouse optical secara percuma jika anda membeli notebook dikedai mereka. Pangkalnya, seperti yang saya katakan tadi, anda perlu rajin bertanya kepada penjual.

7. Bayar pendahuluan

Setelah anda berpuashati dengan harga serta spesifikasi notebook yang ditawarkan, mungkin anda dikehendaki untuk membuat sedikit bayaran pendahuluan (deposit) untuk proses menaiktaraf beberapa komponen atau jika anda membeli mengikut spesifikasi sedia ada, anda hanya perlu membuat bayaran sekaligus. Tetapi sebelum membuat bayaran sekaligus, anda perlu mengikuti langkah 8 dan 9 terlebih dahulu.

8. Periksa semula notebook

Setelah itu, anda perlu memeriksa semula notebook tersebut. Anda perlu memastikan bahawa kesemua komponen tambahan yang dimasukkan (jika anda menaiktaraf) adalah betul.

9. Periksa samada perkakasan sampingan adalah lengkap

Langkah seterunsya ialah dengan memeriksa perkakasan sampingan samada lengkap atau tidak. Perkakasan sampingan ini termasuklah adaptor, manual dan CD driver. Pastikan juga anda mempunyai kad waranti (jaminan).

10. Pulang dengan hati gembira.

Sudah selesai membeli apa lagi, pulanglah dengan hati gembira. Kepuasan membeli hanya akan datang jika kita benar-benar membeli notebook mengikut spesifikasi yang dikehendaki disamping harga yang lebih murah dari harga asal, hehe. Mungkin kita boleh ubah sedikit peribahasa Melayu

Cabaran dan Dugaan di Internet – Pasal Surat Berantai

Soalan 1 Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2 Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk.

Apakah hukumnya mempercayai surat ini?

Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

Jawapan

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida’, Rasulullah s.a.w telah bersabda “Telah sempurna bagimu agamamu” yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.

Ini akan menjadikan kita syirik. Na’uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.

Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.

Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.

Wallahu’allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.

Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”.

(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”.

Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat.

Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim”.

HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA KITA SEDARI.. INSAFLAH .SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA…

« Previous Page